Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Sejarah’ Category

salam 1 malaysia untuk semua

sekolah kami akan mengadakan pesta sukan PIBG untuk kali ini bermula pada 7 hingga 9 mei 2010 bertempat di SK Gemuan Meradong. Semua di jemput hadir bagi memeriahkan lagi Pesta sukan tersebut.

Pesta sukan kali ini memuatkan beberapa acara antaranya perlawanan bola sepak 7 sebelah, sepak takraw, pertandingan pakaian berhias untuk kanak kanak, karaoke, poco-poco dan banyak lagi.

Pengunjung yang datang pada waktu malam dikenakan bayaran tiket masuk sebanya RM1.00 sahaja. RM1.00 anda boleh membeli belah di gerai gerai yang terdapat di pesta ini dan dapat menyaksikan persembahan atau pertandinga karaoke oleh peserta dan artis jemputan.

Di samping berkunjung anda digalakkan menderma untuk PIBG SK Gemuan. Jasa baik dan kerjasama anda adalah amat kami hargai. sekian dan selamat berhibur di hujung minggu. jom datang “Pasti Heboh di Gemuan”.

Disediakan oleh:
Mohd Khairi (GRICT)

Read Full Post »

Sejarah Sekolah

DATA SEKOLAH KEBANGSAAN GEMUAN,

MERADONG, BINTANGOR

1.1   SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Gemuan telah diwujudkan pada tahun 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Sg. Gemuan Primary School. Guru Besar pertama bertugas di sini ketika itu ialah En. Tadon Liang.

1.2   LATARBELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini diwujudkan pada ketika itu ekoran sudah bangkitnya kesedaran masyarakat tempatan tentang pentingnya pendidikan bagi setiap manusia di masa – masa mendatang. Di atas kesedaran itu, En. Rantai ak. Ambu telah mengajak      beberapa orang ketua kaum (Tuai-Tuai Rumah) yang ada di kawasan Gemuan pada waktu itu berjumpa dengan School Supervisor di Bintangor untuk memohon mendirikan sekolah di Gemuan. En. Rantai juga menawarkan tanah beliau        seluas            1.316 hektar dijadikan tapak sekolah. Permohonan mereka itu telah diluluskan oleh pegawai pelajaran yang bertanggungjawab ketika itu dengan syarat masyarakat tempatan sanggup untuk membina bangunan             sementara yang kos, bahan binaan        dan kerja pembinaannya disedia dan ditanggung oleh masyarakat setempat secara gotong-royong. Jadi pada tahun 1966, bangunan   yang masyarakat Gemuan dapat dirikan ialah sebuah bangunan bilik kelas    yang dibuat daripada kayu dan berbumbungkan atap rumbia serta sebuah pondok kediaman guru sahaja.

1.3 SENARAI GURU BESAR DARI 1966 HINGGA SEKARANG

BIL NAMA GURU BESAR TARIKH BERTUGAS
1 EN. TADON AK. LIANG 1966 -1969
2 EN. JAMES TU LEH CHUNG 1970 – 15.04.1980
3 EN. ABG. RAMLI BIN ABG. OMAR 16.04.1980 – 1993
4 EN. BONIFACE BERANDAH SUMA 03.09.1994 – 31.10.2002
5 EN. ABG. MASALUS B. ABG. MANSOR 01.11.2002 – 09.02.2004
6 PN. SAFIAH BT. HJ. TAI 02.03.2004 – 22.04.2004
7 EN. TUCHUN AK. MALING 22.04.2004 – SEKARANG

2.1 VISI SEKOLAH: “GEMUAN GEMILANG 2010”

Seluruh warga SK Gemuan telah seia-sekata untuk menjadikan sekolah ini sebagai

sebuah sekolah yang gah dalam arena akademik, kokurikulum dan kemenjadian          pelajar-pelajarnya agar perkasa sebagai warganegara Malaysia produktif, patriotik           dan penyayang.

2.2 MISI SEKOLAH

WARGA SK GEMUAN SENTIASA BERGERAK BERLANDASKAN            PERANCANGAN DAN STRATEGI-STRATEGI YANG BERKESAN SECARA KOLEKTIF, BERGANDINGAN BAHU MENGGEMBLING   TENAGA, ILMU, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN BAGI MEREALISASIKAN VISI SEKOLAH SATU REALITI SECARA PROFESIONAL, BERAKAUNTIBILITI DAN BERINTEGRITI TINGGI

Oleh yang demikian kami sentiasa:

2.2.1     Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berasaskan prinsip-prinsip KBSR yang sebenarnya.

2.2.2     Memastikan semua pelajar akan menikmati segala proses pembelajaran

yang mempersiapkan mereka berkemampuan menempuh masa depan   mereka dengan cemerlang.

2.2.3     Memastikan pendemokrasian pendidikan wujud dan dilaksanakan setiap

masa.

2.2.4     Memastikan setiap pelajarnya mengamalkan budaya berbudi bahasa dan berdisiplin setiap masa.

2.2.5     Memastikan prestasi UPSR sentiasa mencapai 50% ke atas setiap tahun.

3 MATLAMAT SEKOLAH

3.1          Menyediakan prasarana yang kondusif bagi pelajar-pelajar belajar membaca, mengira dan menulis dari masa ke semasa.

3.2         Sebagai sebuah institusi yang berketrampilan dalam menyediakan premis yang kondusif bagi masyarakat setempat dalam menjalankan segala aktiviti yang membawa kesan positif ke arah peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar-pelajar.

3.3         Memperlengkapkan pelajar-pelajar dengan segala pengetahuan, kemahiran dan kemenjadian yang holistik sebagai bekalan yang praktis untuk mereka lebih efektif mengikuti pembelajaran di sekolah menengah kelak.

3.4         Memberikan pelajar-pelajar asas-asas jati diri yang berguna bagi mereka agar lebih bersedia menempuh alam remaja mereka.

3.5         Melatih dan membimbing pelajar-pelajar berdikari dan membuat keputusan yang positf dan cemerlang dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Read Full Post »