Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Guru’ Category

Selamat Datang

salam kami untuk semua
20 jun 2010 warga Gemuan berkurang seorang guru dan telah diganti dengan seorang guru. Seluruh warga Gemuan mengucapkan selamat datang untuk guru baru kita (cikgu Badarul) semoga anda betah bersama kami semua di Gemuan ini. “Jika ada idea baru bolehlah ketengahkan untuk santapan dan pembangunan sekolah kita bersama”. kata guru Besar.

Read Full Post »

Selamat Bercuti Warga Gemuan

Assalamualaikumdan salam sejahtera, terutamanya kepada warga SK Gemuan Meradong, harapnya semua cikgu-cikgu sihat dan ceria selalu. Di kesempatan ini SK Gemuan mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SK Gemuan baik yang berasal dari bumi kenyalang ini sendiri atau warga guru dari semenanjung. Jasa dan titik peluh kalian amat berharga, kerana jasa-jasa kalian guru, sekolah kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah lain sedaerah meradong. Kata orang berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Sebelum pulang cikgu-cikgu, kita perlu selesaikan beberapa perkara yang tidak kurang pentingnnya, antaranya pemulangan dan pengagihan buku teks, hari penyampaian sijil dan penghargaan, lawatan santai tahun 6 dan beberapa perkara lain lagi. Harapan kita ialah semoga semua guru bersedia dengan sebarang keperluan majlis atau program, mudah mudahan ianya dapat terlaksana dengan sempurna dan lancar.

Kalau nak tengok gambar-gambar yang bakal di upload ke laman ini tunggu hingga penghujung bulan ini..terima kasih

Read Full Post »