Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2011

UPSR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat pelajar tahun 6 2011 yang dah selesai menduduki UPSR semoga anda berasa lega dan terus menanam azam untuk belajar lebih gigih lagi di peringkat sekolah menengah.

Saya mendoakan semoga anda semua berjaya dan mendapat keputusan yang memuaskan anda dan keluarga anda serta semua guru di Sk Gemuan.

Nasihat saya kepada anda semua jangan berputus asa dan semangat serta tidak berasa cukup dengan pendidikan anda di sekolah peringkat sekolah rendah sahaja bahkan anda bercita2 untuk meneruskan menimba ilmu hingga ke akhir hayat.

Pesan saya, ilmu sahaja yang dapat merubah hidup anda di muka bumi ini dan membezakan anda dengan manusia lain. Dengan ilmu anda bisa kaya dan bahagia. Dengan ilmu juga anda bisa menjadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan negara amnya.

sekian dari:
Ustaz Khairi
Guru j-QAF

Read Full Post »