DATA SEKOLAH KEBANGSAAN GEMUAN,
MERADONG, BINTANGOR
1.1 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Gemuan telah diwujudkan pada tahun 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Sg. Gemuan Primary School. Guru Besar pertama bertugas di sini ketika itu ialah En. Tadon Liang.
1.2 LATARBELAKANG SEKOLAH
Sekolah ini diwujudkan pada ketika itu ekoran sudah bangkitnya kesedaran masyarakat tempatan tentang pentingnya pendidikan bagi setiap manusia di masa – masa mendatang. Di atas kesedaran itu, En. Rantai ak. Ambu telah mengajak beberapa orang ketua kaum (Tuai-Tuai Rumah) yang ada di kawasan Gemuan pada waktu itu berjumpa dengan School Supervisor di Bintangor untuk memohon mendirikan sekolah di Gemuan. En. Rantai juga menawarkan tanah beliau seluas 1.316 hektar dijadikan tapak sekolah. Permohonan mereka itu telah diluluskan oleh pegawai pelajaran yang bertanggungjawab ketika itu dengan syarat masyarakat tempatan sanggup untuk membina bangunan sementara yang kos, bahan binaan dan kerja pembinaannya disedia dan ditanggung oleh masyarakat setempat secara gotong-royong. Jadi pada tahun 1966, bangunan yang masyarakat Gemuan dapat dirikan ialah sebuah bangunan bilik kelas yang dibuat daripada kayu dan berbumbungkan atap rumbia serta sebuah pondok kediaman guru sahaja.
1.3 SENARAI GURU BESAR DARI 1966 HINGGA SEKARANG
BIL |
NAMA GURU BESAR |
TARIKH BERTUGAS |
1 |
EN. TADON AK. LIANG |
1966 -1969 |
2 |
EN. JAMES TU LEH CHUNG |
1970 – 15.04.1980 |
3 |
EN. ABG. RAMLI BIN ABG. OMAR |
16.04.1980 – 1993 |
4 |
EN. BONIFACE BERANDAH SUMA |
03.09.1994 – 31.10.2002 |
5 |
EN. ABG. MASALUS B. ABG. MANSOR |
01.11.2002 – 09.02.2004 |
6 |
PN. SAFIAH BT. HJ. TAI |
02.03.2004 – 22.04.2004 |
7 |
EN. TUCHUN AK. MALING |
22.04.2004 – SEKARANG |
2.1 VISI SEKOLAH: “GEMUAN GEMILANG 2010”
Seluruh warga SK Gemuan telah seia-sekata untuk menjadikan sekolah ini sebagai
sebuah sekolah yang gah dalam arena akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar-pelajarnya agar perkasa sebagai warganegara Malaysia produktif, patriotik dan penyayang.
2.2 MISI SEKOLAH
WARGA SK GEMUAN SENTIASA BERGERAK BERLANDASKAN PERANCANGAN DAN STRATEGI-STRATEGI YANG BERKESAN SECARA KOLEKTIF, BERGANDINGAN BAHU MENGGEMBLING TENAGA, ILMU, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN BAGI MEREALISASIKAN VISI SEKOLAH SATU REALITI SECARA PROFESIONAL, BERAKAUNTIBILITI DAN BERINTEGRITI TINGGI
Oleh yang demikian kami sentiasa:
2.2.1 Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berasaskan prinsip-prinsip KBSR yang sebenarnya.
2.2.2 Memastikan semua pelajar akan menikmati segala proses pembelajaran
yang mempersiapkan mereka berkemampuan menempuh masa depan mereka dengan cemerlang.
2.2.3 Memastikan pendemokrasian pendidikan wujud dan dilaksanakan setiap
masa.
2.2.4 Memastikan setiap pelajarnya mengamalkan budaya berbudi bahasa dan berdisiplin setiap masa.
2.2.5 Memastikan prestasi UPSR sentiasa mencapai 50% ke atas setiap tahun.
3 MATLAMAT SEKOLAH
3.1 Menyediakan prasarana yang kondusif bagi pelajar-pelajar belajar membaca, mengira dan menulis dari masa ke semasa.
3.2 Sebagai sebuah institusi yang berketrampilan dalam menyediakan premis yang kondusif bagi masyarakat setempat dalam menjalankan segala aktiviti yang membawa kesan positif ke arah peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar-pelajar.
3.3 Memperlengkapkan pelajar-pelajar dengan segala pengetahuan, kemahiran dan kemenjadian yang holistik sebagai bekalan yang praktis untuk mereka lebih efektif mengikuti pembelajaran di sekolah menengah kelak.
3.4 Memberikan pelajar-pelajar asas-asas jati diri yang berguna bagi mereka agar lebih bersedia menempuh alam remaja mereka.
3.5 Melatih dan membimbing pelajar-pelajar berdikari dan membuat keputusan yang positf dan cemerlang dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.